Saya bukan graduan NUS: Zuraida

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menafikan laporan sebuah akhbar tempatan mengenai satu 'biodata' memaparkan dirinya sebagai graduan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Zuraida yang merupakan Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau juga tidak pernah mengakui atau memberi kebenaran kepada kepada mana-mana pihak untuk berbuat demikian.

"Saya tidak bertanggungjawab kepada apa-apa kemasukan maklumat yang tidak benar dalam wikipedia yang mendakwa konon saya adalah kelulusan NUS tersebut.

"Saya juga kecewa apabila pihak media tidak memeriksa kebenaran maklumat yang jelas palsu ini sebelum menerbitkannya,"katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sebuah akhbar tempatan hari ini berkongsi hantaran Twitter seorang individu yang mempersoalkan bagaimana nama Naib Presiden PKR itu tiada dalam carian di universiti seperti dipaparkan dalam ruangan biodatanya.

Isu sijil akademik pemimpin PH terus mendapat perhatian ramai selepas beberapa pendedahan dilakukan menerusi media sosial.

Sebelum ini kelayakan akademik Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahaya, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian serta Adun Tronoh, Paul Yong Choo Kiong diragui.

Kini, terdapat lagi beberapa pemimpin PH dikaitkan dengan isu sama.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan wibawa tak benarkan wujud pemimpin miliki sijil palsu

Tak perlu malu mengaku tahap akademik, kata MB Selangor

Marzuki serah kedudukan kepada PM, kepimpinan Bersatu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!