Jika Maduro masih di atas, 300,000 berisiko mati: Guaido

Penyokong Guaido bertempur dengan polis anti-rusuhan di Caracas
Penyokong Guaido bertempur dengan polis anti-rusuhan di Caracas
A
A
A

CARACAS - VENEZUELA. Pemimpin pembangkang yang mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara Venezuela, Juan Guaido mendakwa 300,000 penduduk negara itu berisiko mati sekiranya Nicolas Maduro enggan melepaskan jawatannya.

Menurut Guaido, kedegilan Maduro enggan membenarkan bantuan makanan dan ubat-ubatan dari Amerika Syarikat (AS) dihantar ke Caracas memburukkan lagi krisis kemanusiaan di negara Amerika Selatan itu.

Terdahulu, Maduro berikrar tidak akan membiarkan “bantuan kemanusiaan palsu” masuk ke dalam negara dan mendakwa krisis di Venezuela sengaja direka oleh AS untuk membolehkannya campur tangan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!