Ikan todak bawa tuah

Ahmad Shukri menunjukkan ikan todak dan wang dimenanginya.
Ahmad Shukri menunjukkan ikan todak dan wang dimenanginya.
A
A
A

KEMAMAN - Ikan todak seberat 1.86 kilogram (kg) yang dinaikkan dua minit sebelum pertandingan berakhir membawa tuah kepada bapa dua anak apabila memperoleh habuan tunai sebanyak RM10,000.

Wang itu menjadi milik Ahmad Shukri Mohd Yusof, 34, sejurus diumumkan sebagai juara Cabaran Memancing Yang Berhormat Chukai (YBC) yang diadakan di Pantai Teluk Mak Nik di sini, semalam.

Pembantu operasi di Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu mendaratkan ikan pada jam 12.58 tengah hari, dua minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Ahmad Shukri yang datang dari Pekan, Pahang berkata, habuan wang tunai lumayan itu ibarat rezeki saat akhir buatnya.

“Sebelum dapat ikan todak besar ini, saya dah dapat dua ekor ikan lain iaitu todak yang bersaiz lebih kecil dan ikan tuka.

“Tak sangka pula seekor lagi ikan todak makan umpan saya masa pertandingan dah nak habis,” katanya selepas menerima hadiah disampaikan ADUN Chukai, Hanafiah Mat.

Seramai 520 pemancing dari seluruh Malaysia menyertai cabaran memancing sempena Hari Terbuka Pas DUN Chukai itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!