Scammer perdaya mangsa guna gambar ahli politik

Scammer menggunakan gambar profil Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah untuk memperdaya mangsa dengan meminta wang menggunakan akaun Public Bank atas penama cikgu Marlon.
Scammer menggunakan gambar profil Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah untuk memperdaya mangsa dengan meminta wang menggunakan akaun Public Bank atas penama cikgu Marlon.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah menjadi mangsa terbaharu scammer yang menggunakan gambarnya untuk meminta wang daripada orang ramai.

Mohd Hairi, 36, berkata, scammer terbabit menggunakan gambar profil beliau menerusi satu nombor bukan miliknya dalam mesej WhatsApp yang dihantar.

Jelasnya, beliau tidak pernah meminta mana-mana pihak atau individu untuk meminjam atau memasukkan wang seperti tertera dalam mesej WhatsApp yang dihantar itu.

Malah beliau juga tidak pernah memiliki nombor telefon 010-3865922 seperti digunakan scammer itu sebaliknya nombor berkenaan milik nombor seorang Exco kerajaan negeri Johor.

"Hari ini saya sendiri menjadi mangsa sindiket scammer yang semakin licik dan berleluasa mencari helah untuk 'menelan' duit mangsanya.

"Apa yang mengejutkan gambar saya dijadikan modal dan modus operandinya sama seperti yang pernah tular sebelum ini dengan meminta duit daripada individu yang dipilih secara rawak. Scammer menggunakan penama cikgu Marlon dengan akaun Public Bank.

"Berhati-hati kepada kenalan, rakan-rakan dan semua. Mereka yang sudah menerima mesej ini adalah rakan-rakan saya termasuk Ketua Wanita UMNO Johor Bahru," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Mohd Hairi berkata, satu laporan polis sudah dibuat pada Selasa, jika ada yang menerima mesej meminta wang dengan menggunakan profil gambar saya, mereka boleh abaikan atau terus buat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!