Melaka benar solat jemaah di masjid

Kerajaan negeri membenarkan solat berjemaah bagi solat fardu dan solat Jumaat dengan maksimum 500 jemaah.
Kerajaan negeri membenarkan solat berjemaah bagi solat fardu dan solat Jumaat dengan maksimum 500 jemaah.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri membenarkan solat berjemaah bagi solat fardu dan solat Jumaat dengan maksimum 500 jemaah.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilanjutkan sehingga 4 Februari depan.

Menurutnya, hanya 500 jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat di masjid kerajaan, 250 orang di masjid kariah, manakala 75 sahaja jemaah dibenarkan solat di surau sepanjang tempoh PKP 2.0, berkuatkuasa pada Khamis.

"Jumlah maksimum jemaah yang dibenarkan itu adalah bagi melaksanakan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu mengikut kapasiti masjid atau surau dengan mengekalkan penjarakan fizikal satu meter," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Sulaiman bagaimanapun berkata, solat di luar bangunan masjid dan surau adalah dilarang.

Katanya, kuliah maghrib dan bacaan Yasin serta tahlil pada hari Khamis malam Jumaat juga dibenarkan dan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh masa yang sesuai.

"Meskipun begitu, penceramah dari luar negeri Melaka adalah tidak dibenarkan dan segala aktivi kuliah serta program selain kuliah Maghrib hendaklah ditangguhkan.

"Jawatankuasa masjid dan surau juga hendaklah sentiasa memastikan jemaah mematuhi tatacara prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti pendaftaran jemaah, pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, solat Jumaat hanya dibenarkan untuk 45 jemaah sahaja manakala pelaksanaan solat fardu berjemaah pula hanya membenarkan lima jemaah sahaja dalam satu-satu masa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!