KBS salur peruntukan tambahan pasca banjir RM70,000

Reezal Merican Naina Merican
Reezal Merican Naina Merican
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM70,000 untuk disalurkan kepada Majlis Belia Negeri di Johor, Terengganu, Perak, Kelantan, Pahang dan Sabah bagi menjalankan misi bantuan pasca banjir.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Rakan Muda Prihatin yang dilancarkan pada 12 Januari lalu bagi membolehkan lebih ramai belia dapat turut sama membantu penduduk yang terkesan akibat musibah banjir yang melanda negeri tersebut.

“Saya ucapkan terima kasih kepada gerakan belia di negeri-negeri yang diterajui oleh Majlis Belia Malaysia atas usaha proaktif yang sering diberikan untuk manfaat masyarakat.

“Saya juga berharap semua pihak menjaga prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 supaya tidak ada penularan berlaku semasa misi dijalankan,” katanya menerusi hantaran di Twitternya pada Rabu.

Ahli Parlimen Kepala Batas itu turut menzahirkan rasa simpati kepada penduduk yang terjejas akibat dilanda bencana banjir.

“Ujian ini merupakan ujian yang sangat besar dan saya berharap semua yang terbabit dapat bersabar,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!