Lebih 200 cedera bantah 'lockdown' di Tripoli

Gas pemedih mata digunakan oleh pihak berkuasa Lubnan bagi menyuraikan para penunjuk
perasaan yang membantah perintah 'lockdown' bagi membendung penularan Covid-19 di Tripoli pada Rabu. - Foto AFP
Gas pemedih mata digunakan oleh pihak berkuasa Lubnan bagi menyuraikan para penunjuk perasaan yang membantah perintah 'lockdown' bagi membendung penularan Covid-19 di Tripoli pada Rabu. - Foto AFP
A
A
A

TRIPOLI - Lebih 200 orang cedera di bandar Tripoli, Lubnan pada Rabu ekoran pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan polis iaitu malam ketiga bantahan terhadap pelaksanaan perintah 'lockdown' dan krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Para penunjuk perasaan membaling bom-bom petrol dan batu ke arah pasukan keselamatan yang kemudian bertindak balas dengan menggunakan gas pemedih mata, kata seorang koresponden AFP.

Agensi Berita Kebangsaan berkata, seramai 226 orang cedera pada waktu malam manakala 102 daripada mereka dirawat oleh anggota-anggota Persatuan Palang Merah Lubnan dan Persatuan Perubatan Islam merawat 124 orang lagi.

Sekurang-kurangnya 66 orang telah dimasukkan ke hospital ekoran kejadian itu.

Pasukan keselamatan membuat kenyataan di Twitter dengan mendedahkan sembilan anggotanya cedera ekoran tunjuk perasaan tersebut.

Pihak berkuasa negara itu telah melanjutkan perintah 'lockdown' selama dua minggu kepada 8 Februari ini.

Ramai penduduk tidak mempunyai pendapatan sejak Lubnan melaksanakan perintah 'lockdown' sejak awal bulan ini sebagai usaha membendung penularan kes Covid-19 dan mengelakkan hospital-hospital sesak dengan pesakit ekoran pandemik itu.

"Kami berada di sini (tempat penunjuk perasaan membantah Covid-19) untuk menuntut makanan. Orang ramai kini lapar," kata seorang penunjuk perasaan berusia 20 tahun, Mohammed Ezzedine.

Artikel Berkaitan:

Para penunjuk perasaan cuba untuk memasuki sebuah bangunan kerajaan manakala yang lain berhimpun di Dataran Al-Nour yang sebelum ini menjadi tempat lokasi tunjuk perasaan menentang kelas politik pada tahun 2019.

Lubnan merekodkan lebih 289,000 kes Covid-19 dan lebih 2,500 kematian ekoran pandemik Covid-19 dan ia terjadi ketika krisis ekonomi berlaku di negara tersebut sejak perang saudara di Lubnan berakhir pada tahun 1990. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!