Warga emas tinggal dalam pondok depan rumah sendiri

Mohd Fadel mendengar luahan Whasis ketika melawatnya di pondok di Kampung Paya Dalam, pekan Layang-Layang, Kluang, pada Khamis.
Mohd Fadel mendengar luahan Whasis ketika melawatnya di pondok di Kampung Paya Dalam, pekan Layang-Layang, Kluang, pada Khamis.
A
A
A

KLUANG - Seorang pesara tentera sanggup berkorban dengan membina pondok di hadapan rumahnya di Kampung Paya Dalam, pekan Layang-Layang dekat sini selepas berpisah dengan isterinya kira-kira 10 tahun lalu.

Warga emas berusia 66 tahun itu, Whasis Moudjyat berkata, keputusan tinggal di pondok kira-kira 20 meter dari rumah berkenaan diambil selepas isterinya yang berasal dari Indonesia tidak mahu pulang ke negara asal kerana mendakwa tiada saudara mara lagi di negara itu.

Menurutnya, tiga anaknya berusia 17 hingga 25 tahun juga tinggal bersama-sama bekas isterinya di rumah tersebut.

"Pondok inilah tempat saya berteduh daripada panas dan hujan. Semua urusan makan minum dan membasuh pakaian saya lakukan sendiri kerana tidak mahu menyusahkan mereka," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Persatuan kebajikan Golongan B40 Negeri Johor, Datuk Mohd Fadel Alwi di pondoknya pada Khamis.

Whasis (kiri) menghiburkan Mohd Fadel dengan memetik gitar ketika melawatnya di pondok di Kampung Paya Dalam, pekan Layang-Layang, Kluang, pada Khamis.
Whasis (kiri) menghiburkan Mohd Fadel dengan memetik gitar ketika melawatnya di pondok di Kampung Paya Dalam, pekan Layang-Layang, Kluang, pada Khamis.

Whasis memberitahu, dia tidak mempunyai pencen kerana hanya berkhidmat sebagai anggota kerahan selama tiga tahun sebelum berhenti dan membuat keputusan bekerja di kampung selepas itu.

"Saya berkhidmat sebagai anggota Batalion 103, Rejimen Askar Wataniah di Kem Majidee Johor Bharu sekitar 80-an.

"Saya hanya mampu membina pondok ini sebagai kediaman dan meneruskan kehidupan secara ala kadar kerana yang penting bekas isteri dan anak-anak boleh tinggal di rumah sedia ada itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

"Ramai juga yang pelik dengan keputusan saya tetapi ini semua sudah ditentukan.

Bagaimanapun kata Whasis dia bimbang masalah kesihatannya kerana menghidap penyakit gout, darah tinggi dan kencing manis selain turut mempunyai masalah sakit buah pinggang yang mungkinmemerlukan rawatan hemodialisis.

Sementara itu, Mohd Fadel berkata, kesulitan dihadapi Whasis akan dibawa ke pengetahuan kepimpinan setempat bagi membolehkan tindakan sewajarnya untuk membantu warga emas berkenaan.

"Masalah kesihatannya perlu diberi perhatian selain kehidupannya dilihat tidak terurus kerana semuanya terpaksa dilakukan sendiri," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!