Iran dakwa Israel lancar perang saraf

Gambar fail menunjukkan anggota-anggota Pasukan Pengawal Iran menyertai satu perarakan tentera di Teheran. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan anggota-anggota Pasukan Pengawal Iran menyertai satu perarakan tentera di Teheran. - Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - Seorang pegawai kanan tentera Iran pada Rabu menyatakan Israel melancarkan perang saraf selepas negara Yahudi itu menyatakan serangan ke atas kemudahan nuklear Teheran sedang dirangka oleh tentera rejim Zionis.

Mahmoud Vaezi iaitu ketua staf Presiden Iran, Hassan Rouhani bagaimanapun berkata, negaranya kini bersedia untuk berhadapan dengan serangan tersebut dan mempertahankan tanah airnya daripada diserang oleh Tel Aviv.

"Kami tidak mempunyai hasrat untuk berperang tetapi kami serius untuk mempertahankan negara," katanya.

Israel yang merupakan sekutu rapat Amerika Syarikat (AS) menuduh Iran berusaha untuk membina sebuah bom nuklear namun dakwaan tersebut berulang kali dinafikan oleh Teheran.

Negara Yahudi itu juga kerap kali menjadikan kumpulan-kumpulan bersenjata di Lebanon, Syria dan Genting Gaza sebagai sasaran serangannya.

Ketua Tentera Israel, Jeneral Aviv Kochavi pada Selasa lalu mengarahkan pelan baharu dirangka pada tahun ini untuk memusnahkan kemampuan nuklear Iran jika terdapat kes pemimpin politik rejim Zionis berhasrat untuk melakukannya.

Kochavi membuat kenyataan tersebut selepas hampir seminggu Presiden AS, Joe Biden mengangkat sumpah jawatan dengan Presiden negara itu.

Namun, Vaezi kemudian berkata, Israel sedang melakukan perang saraf ke atas Iran.

Artikel Berkaitan:

Ketika bercakap di luar mesyuarat majlis menteri-menteri, beliau mendakwa Isarel tidak mempunyai pelan dan kemampuan untuk melancarkan serangan seperti itu.

Aktiviti ketenteraan Iran baru-baru ini yang melibatkan ujian peluru berpandu dan dron serta latihan tentera menunjukkan angkatan pertahanan negara tersebut adalah terlatih, kata Vaezi.

Jurucakap tentera Iran, Abdolfazl Shekarchi pula memberi amaran kepada Israel tentang ancaman yang diberikan oleh rejim Zionis terhadap pangkalan peluru berpandu dan kemudahan nuklear negaranya adalah hanya semata-mata berdasarkan "ilusi" Tel Aviv. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!