Saya masih hilang deria rasa, bau: Ahmad Said

Ahmad dan isteri disahkan positif Covid-19 pada 19 Januari lalu.
Ahmad dan isteri disahkan positif Covid-19 pada 19 Januari lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said masih mempunyai gejala Covid-19 iaitu hilang deria rasa dan bau serta mengalami batuk.

Menurutnya, beliau dan isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud kini masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas di sahkan positif Covid-19 minggu lalu.

"Walaupun sudah sembilan hari di sini saya masih mengalami batuk serta masih hilang deria rasa dan bau.

"Nak makan pun lidah tidak dapat rasa makanan, namun saya paksa juga telan supaya tahap kesihatan bertambah baik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Bagaimanapun, katanya, beliau dan isteri serta seorang lagi anak yang turut disahkan positif Covid-19 kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat.

Katanya, beliau sekeluarga kini hanya menunggu arahan pihak hospital berhubung tahap perkembangan kesihatan sepanjang tempoh rawatan.

Sebelum ini, Ahmad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu dan isterinya disahkan positif Covid-19 pada 19 Januari lalu.

Perkembangan itu dimaklumkan menerusi Facebook rasmi UMNO Kemaman serta turut dikongsikan oleh beberapa pemimpin UMNO menerusi media sosial masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!