Cemar Pantai Teluk Akuan: JAS kesan tiga ketidakpatuhan EIA

Tinjauan dan pemeriksaan dilakukan JAS Perak di Pantai Teluk Akuan, Segari yang dilaporkan berlakunya pencemaran. - Foto JAS Perak
Tinjauan dan pemeriksaan dilakukan JAS Perak di Pantai Teluk Akuan, Segari yang dilaporkan berlakunya pencemaran. - Foto JAS Perak
A
A
A

MANJUNG - Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan tiga ketidakpatuhan syarat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dilakukan syarikat pembangunan projek kuari di kawasan Pantai Teluk Akuan, Segari.

Pengarah JAS Perak, Rosli Zul berkata, pelanggaran syarat itu dikesan hasil pemeriksaan dilakukan pada Isnin selepas menerima aduan berlakunya pencemaran alam sekitar di kawasan berkenaan.

"Siasatan kita menunjukkan memang ada berlaku pelanggaran syarat, dalam tindakan ada tiga ketidakpatuhan EIA dan beberapa kesalahan lain dalam penilaian lanjut.

"Bagi kesalahan ini, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Khamis.

Sampel diambil bagi tujuan kajian selepas menerima aduan berlakunya pencemaran. - Foto JAS Perak
Sampel diambil bagi tujuan kajian selepas menerima aduan berlakunya pencemaran. - Foto JAS Perak

Menurutnya, JAS juga sudah mengeluarkan notis arahan henti kerja dan tindakan remedi kepada pengusaha kuari berkenaan mengikut Seksyen 31 akta sama.

“Status air pelepasan semasa pemeriksaan adalah baik, tetapi kesan sedimen jelas di tebing alur air,” katanya.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan kesan kemusnahan alam sekitar di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Segari Melintang di Manjung semakin serius apabila sudah merebak ke Pantai Teluk Akuan berhampiran Sungai Batu, Segari.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan oleh JAS Perak ke atas aliran air anak sungai yang dilaporkan sudah bercampur dengan tanah merah dan mengalir masuk ke kawasan laut. - Foto JAS Perak
Pemeriksaan oleh JAS Perak ke atas aliran air anak sungai yang dilaporkan sudah bercampur dengan tanah merah dan mengalir masuk ke kawasan laut. - Foto JAS Perak

Pendedahan dibuat Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) itu mendapati, pantai yang menjadi salah satu lokasi pendaratan penyu dan persinggahan nelayan itu tercemar dengan tanah merah dipercayai kesan pembangunan kuari.

ARTIKEL BERKAITAN:Lagi kerosakan hutan dikesan, giliran Pantai Teluk Akuan

Cemar Pantai Teluk Akuan: Kerajaan negeri jamin tindakan tegas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!