Tragedi lintas jalan, wanita OKU maut

Mangsa yang parah di kepala dikejarkan ambulans ke Klinik Kesihatan Kerteh sebelum disahkan meninggal dunia. (Gambar kecil: Fatimah Ibrahim)
Mangsa yang parah di kepala dikejarkan ambulans ke Klinik Kesihatan Kerteh sebelum disahkan meninggal dunia. (Gambar kecil: Fatimah Ibrahim)
A
A
A

KERTEH - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) maut apabila dilanggar sebuah kereta ketika sedang melintas jalan dalam kejadian di Kilometer 112 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gelugor, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu menyebabkan mangsa, Fatimah Ibrahim, 55, tercampak ke bahu jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, mangsa yang tinggal di Kampung Gelugor kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kerteh sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, mangsa dipercayai dilanggar sebuah kereta jenis Proton Wira yang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan.

"Setiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun itu gagal mengelak lalu melanggar mangsa yang sedang melintas jalan dari kanan ke kiri jalan.

"Bagaimanapun, pemandu kereta itu tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya.

Beliau berkata, pemandu kereta terbabit yang tidak bekerja juga didapati tidak memiliki lesen memandu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!