Masyarakat tidak boleh alpa bahaya rasuah

Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menyokong sepenuhnya kempen yang dinamakan Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa yang dicetuskan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Beliau berkata, kempen seumpama itu wajar berjalan secara berterusan kerana masyarakat tidak boleh alpa bahaya rasuah kepada negara.

"Saya perhatikan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) suara masyarakat sivil mengenai isu integriti, tadbir urus dan 'governans' seolah-olah tenggelam.

"Sedangkan itulah isu-isu yang menghasilkan perubahan bersejarah dalam PRU14. Kita perlu hidupkan semula suara-suara ini. Badan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan yang menjuarai isu antirasuah perlu kembali bangkit supaya penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat menjadi utuh.

"Saya rasa sehingga hari ini rakyat masih menanti keputusan akhir proses perundangan mengenai kes-kes kleptokrasi dan rasuah besar dalam negara," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Wan Saiful, beliau juga menghormati sikap badan eksekutif dalam kerajaan yang tidak mahu mencampuri urusan kehakiman dan perundangan.

Katanya, badan eksekutif hari ini tidak mahu menjadi seperti yang sebelumnya.

"Melalui kempen ini, kita mesti pertahan agar tiada campur tangan berlaku. Tetapi institusi perundangan dan kehakiman juga mesti sedar persoalan yang berlegar dalam pemikiran rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Mereka tertanya-tanya kenapa penyelesaian akhir amat perlahan. Kalau perlahan sangat, tahap kepercayaan rakyat kepada institusi itu juga akan turun.

"Sekarang ini pun dah ada yang menuduh institusi perundangan dan kehakiman kita bermain politik. Kita tak boleh benarkan tuduhan ini menjadi semakin meluas," katanya.

Dalam pada itu, beliau mendoakan kempen yang digerakkan Sinar Harian ini akan berjaya seperti diharapkan.

"Saya akan bantu setakat termampu, terutama dalam kalangan kelompok politik. Saya mengajak semua kawan lain turut sokong kempen ini," katanya.

Pada 16 Januari lalu, Hussamuddin melancarkan kempen atau gerakan yang dinamakan Sinar Untuk Malaysia’ #NilaiMoralKarakterBangsa bagi membanteras rasuah dan berjaya mendapat respons positif daripada pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak bertujuan untuk mengambil alih tugas mana-mana pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebaliknya gerakan massa oleh Sinar Harian dengan mewujudkan Sinar Rasuah Busters itu sebenarnya sebagai pembuka laluan bagi mengajak rakyat bangkit membanteras rasuah.

Idea gerakan memulihkan moral bangsa tercetus dengan melihat kereputan sistem nilai, integriti dan 'bad governance' dalam negara ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Gagasan membangun nilai: Dari rakyat demi rakyat

Jihad perangi rasuah bukan bersifat retorik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!