Sasar RM3j dana Medical4Gaza

Dr Dzulkelfly (dua, kanan) menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Pelancaran Dana Medical4Gaza.
Dr Dzulkelfly (dua, kanan) menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Pelancaran Dana Medical4Gaza.
A
A
A

PUNCAK ALAM - Dana sejumlah RM3 juta diperlukan bagi menampung keperluan kos perubatan 2,400 mangsa kekejaman Israel di wilayah terkepung، Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 249 rakyat Palestin termasuk dua remaja terkorban akibat ditembak tentera Israel selepas tercetusnya serangan penunjuk perasaan pada Mac tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad menjelaskan, inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama rangkaian pasaraya untuk melancarkan kempen seumpama ini adalah satu usaha murni.

Menurutnya, semua berperanan untuk mengangkat agenda kemanusiaan seperti inisiatif yang diambil MyCare dan Econsave dalam menjayakan misi kempen Medical4Gaza.

"Memahami kepentingan untuk menubuhkan hospital di Gaza, kementerian juga memberi izin doktor pakar untuk berkhidmat di sana seperti inisiatif sama di Cox's Bazar Bangladesh.

"Amat penting untuk memahami isu malapetaka yang berlaku di Gaza yang menjadi sebuah penjara terbesar di dunia. Kementerian juga akan memberi sokongan terhadap misi kempen ini.

"Jalinan kerjasama NGO dan korporat ini wajar menjadi contoh dan terus dipertingkatkan menjadi satu ikonik kolaborasi yang wajar diberikan pengiktirafan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Dana Medical4Gaza Econsave bersama Humanitarian Care Malaysia (MyCare) di Econsave Alam Jaya، di sini pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Ketua Eksekutif MyCare، Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Pengarah Eksekutif Econsave Cash and Carry, Lai Sia Ling, Pengurus Besar Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam dan Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr Ibrahim Khalid.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!