PM UK didakwa langgar peraturan 'lockdown'

Johnson (kanan) bersalam siku ketika bertemu dengan anggota tentera yang bertugas di pusat vaksinasi di daerah Castlemilk di Glasgow pada Khamis. - Foto Agensi
Johnson (kanan) bersalam siku ketika bertemu dengan anggota tentera yang bertugas di pusat vaksinasi di daerah Castlemilk di Glasgow pada Khamis. - Foto Agensi
A
A
A

LONDON - Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson pada Khamis berdepan kecaman selepas beliau didakwa tidak mematuhi peraturan 'lockdown' yang dikuatkuasakan sehingga bulan depan kerana mengadakan lawatan ke Scotland yang didakwa sebagai sebahagian daripada negara itu.

Beberapa pengkritik berpendapat bekas Datuk Bandar London itu ‘sibuk berpolitik’ ketika sekatan ketat dilaksanakan di seluruh negara untuk membendung lonjakan kes jangkitan akibat penularan varian baharu di sekitar London dan tenggara England yang telah mencatatkan lebih 102,000 kematian.

Jurucakap Perdana Menteri itu memaklumkan lawatan selama satu hari itu adalah sebahagian daripada tugasnya dan untuk bertemu mereka yang bertugas di barisan hadapan di tengah-tengah sokongan semakin meningkat dalam kalangan penduduk Scotland untuk menuntut kemerdekaan daripada UK.

Ketika kunjungan itu, Johnson turut dibawa ke makmal di Queen Elizabeth University Hospital di Glasgow yang memproses ujian Covid-19 dan bertemu dengan tentera British yang menubuhkan pusat vaksinasi di bandar tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!