Berita baik buat pembaca!

Pembaca setia Sinar Harian masih mempunyai harapan untuk memenangi wang tunai sebanyak RM2,000 yang akan diberikan pada malam pengumuman pemenang, Finale Sinar Harian Di Hatiku.
Pembaca setia Sinar Harian masih mempunyai harapan untuk memenangi wang tunai sebanyak RM2,000 yang akan diberikan pada malam pengumuman pemenang, Finale Sinar Harian Di Hatiku.
A
A
A

USAH berasa hampa sekiranya anda terlepas peluang menyertai peraduan Sinar Harian Di Hatiku, sekaligus meranapkan impian untuk memenangi hadiah bernilai RM60,000.

Ini kerana pembaca setia Sinar Harian masih mempunyai harapan untuk memenangi wang tunai sebanyak RM2,000 yang akan diberikan pada malam pengumuman pemenang, Finale Sinar Harian Di Hatiku.

Anda tidak perlu bersusah payah menghantar borang penyertaan atau mengumpul masthead, sebaliknya hanya menonton dan menjawab 13 soalan mudah yang akan dibacakan pengacara sepanjang program finale itu yang akan bersiaran secara langsung menerusi laman sesawang www.sinarharian.com.my jam 8.30 malam pada Isnin ini

Penonton yang memberikan jawapan tepat dan paling cepat di ruang komen akan terpilih sebagai pemenang hadiah wang tunai berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Harian, Farah Hussamuddin berkata, selain hadiah keseluruhan berjumlah RM60,000 yang dijanjikan pada peraduan itu, penganjur turut berbesar hati menyediakan hadiah tambahan kepada penonton pada malam berkenaan.

“Ia sebagai tanda penghargaan kepada pembaca setia Sinar Harian yang turut sama memeriahkan dan menantikan pengumuman nama pemenang akhir peraduan ini,” katanya.

Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang bermula sejak 5 Oktober dan berakhir 29 November tahun lalu menerima lebih 44,600 penyertaan dari seluruh negara.

Kemuncaknya, malam Finale Peraduan Sinar Harian Di Hatiku akan mengumumkan pemenang hadiah utama yang layak menerima wang tunai bernilai RM30,000; tempat kedua, RM8,000; tempat ketiga, berjumlah RM2,000 serta pemenang penyertaan paling kreatif akan membolot wang tunai RM5,000.

Artikel Berkaitan:

Selain hadiah utama, lima pemenang hadiah saguhati akan menerima wang tunai RM1,000.

Kesemua pemenang turut menerima hadiah sampingan lain iaitu Sijil PMB Shariah Dividend Fund bernilai RM1,000 tajaan Pelaburan MARA Berhad.

Malam penuh kejutan itu turut menyediakan sebanyak 20 hadiah cabutan bertuah kepada pembaca yang menghantar penyertaan mereka.

Antara penaja ialah Arisprop Holdings, LITRAK, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Yayasan Bank Rakyat, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Pelaburan MARA Berhad.

Program khas pengumuman pemenang peraduan itu akan dipancarkan melalui semua platform digital Sinar Harian dan dimeriahkan dengan persembahan tiga penyanyi popular, Siti Nordiana, Aina Abdul dan Nubhan.

Peraduan Sinar Harian Di HatikuTotal hadiah keseluruhan: RM60,000 Tempat pertama: RM30,000 serta sijil PMB Shariah Dividend Fund bernilai RM1,000 tajaan Pelaburan MARA Berhad

Tempat kedua: RM8,000 serta sijil PMB Shariah Dividend Fund bernilai RM1,000 tajaan Pelaburan MARA Berhad

Tempat ketiga: RM2,000 serta sijil PMB Shariah Dividend Fund bernilai RM1,000 tajaan Pelaburan MARA Berhad

5 x Hadiah saguhati: RM1,000 serta sijil PMB Shariah Dividend Fund bernilai RM1,000 tajaan Pelaburan MARA Berhad

Hadiah cabutan bertuah

Jam pintar

Dron

Telefon pintar

Samsung Galaxy Tab

PS4

Televisyen 43’

Motosikal Modenass Kriss

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!