Liverpool pertaruh gandingan baharu berdepan West Ham

Fabinho
Fabinho
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp dijangka mempertaruhkan ‘gandingan baharu’ dalam usaha mengukuhkan benteng pertahanan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), berdepan West Ham di gelanggang lawan, awal pagi Isnin nanti.

Menurut Klopp, dia membuat keputusan berkenaan apabila seorang lagi pemain pertahanan The Reds, Fabinho mengalami kecederaan dan hampir pasti tidak diturunkan pada perlawanan berkenaan.

Malah katanya, Fabinho juga bakal ‘terlepas’ peluang untuk beraksi berdepan aksi berdepan Brighton di Anfield pada awal pagi Khamis.

“Sebelum ini, kita telah pun kehilangan dua pemain pertahanan tengah yang terbaik untuk sepanjang musim ini dan ia nyata satu ‘masalah besar.’

“Bagaimanapun, ramai pihak mengatakan bahawa masalah kecederaan ini memerlukan ‘tuah’ dan ternyata tuah masih belum menyebelahi kita setakat ini,” katanya.

Terdahulu The Reds sudah pun kehilangan khidmat tonggak pertahanan kental Virgil van Dijk yang diberitakan tidak boleh beraksi di sepanjang musim ini, nasib sama bakal dihadapi seorang lagi pertahanan The Reds, Joe Gomez yang mengalami kecederaan lutut yang serius.

Turut serta dalam senarai kecederaan berkenaan adalah Joel Matip yang mengalami kecederaan buku lali) pada aksi berdepan Tottenham Hotspur awal pagi Jumaat lalu.

Sementara itu Klopp tidak menolak kemungkinan untuk membawa masuk pemain pertahanan baharu menjelang jendela perpindahan pemain akan datang.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kemungkinan itu dilihat sudah tidak mampu lagi dinafikan lagi berikutan masalah kecederaan pemain itu dilihat telah mempengaruhi persembahan pasukan sejak kebelakangan ini.

“Usaha membawa masuk pemain pertahanan berkenaan pasti sukar dalam masa terdekat kerana ia turut melibatkan kos.

“Selain itu, kita juga perlu mengenal pasti corak permainan pemain berkenaan agar bersesuaian dengan kita,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!