Werner bakal beraksi berdepan Burnley

Werner
Werner
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel memberikan bayangan untuk menurunkan Timo Werner dalam kesebelasan utama pasukan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Burnley di Stamford Bridge, malam esok.

Menurutnya, berdasarkan kepada profil Werner, dia melihat pemain berusia 24 tahun itu dilihat mampu memainkan peranan bagi memastikan kejayaan The Blues pada perlawanan berkenaan.

Justeru, Tuchel berharap Werner, yang tidak diturunkan pada ketika The Blues terikat tanpa jaringan ketika berdepan Wolves awal pagi Khamis lalu, dapat memanfaatkan peluang beraksi kali ini bagi membantu kejayaan pasukan.

“Daripada profil, saya melihat Werner sebagai seorang pemain yang gemar untuk menggunakan keseluruhan ‘ruang’ dan ia memang bersesuaian dengan karekternya sebagai seorang pemain yang memiliki kepantasan.

“Oleh itu saya melihat dia lebih sesuai beraksi selaku penyerang yang menyerang menerusi serangan balas berbanding hanya berada ‘di atas’ dan menunggu bola daripada rakan-rakan sepasukan,” katanya.

Werner yang hadir ke Stamford Bridge pada jendela perpindahan musim panas lalu, bagaimanapun setakat ini hanya mampu menjaringkan hanya satu gol setakat ini iaitu dalam saingan Piala FA berdepan kelab Liga Kejuaraan, Morecombe November lalu.

Justeru menurut Tuchel, beliau akan cuba untuk mengembalikan keyakinan pemian berkenaan dengan menurunkannya pada posisi yang bersesuaian dengan kepakaran yang dimilikinya.

Sementara itu Tuchel berkata, selain Werner, beliau juga akan menurunkan Oliver Giroud dalam kesebelasan utama berdepan Burnley dalam usaha memberikan variasi kepada corak serangan The Blues.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kehadiran Giroud dilihat bersesuaian dengan corak permainan Werner yang dan diharapkan gandingan kedua-dua pemain berkenaan mampu menghasilkan kejayaan buat pasukan.

“Kita akan turunkan Giroud dan kita akan gunakan Werner untuk mengkucar-kacirkan pertahanan lawan dan seterusnya membuka ruang jaringan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!