Leicester rombak pemain berdepan Leeds

Rodgers
Rodgers
A
A
A

PENGENDALI Leicester City Brendan Rodgers akan melakukan rombakan pemain bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Leeds United dalam saingan di Stadium King Power malam esok berikutan masalah kecederaan pemain.

Menurut Rodgers, skuad The Foxes itu hampir pasti tidak dapat menurunkan pemain tengah bertahan, Wilfred Ndidi yang mengalami kecederaan hamstring ketika beraksi menentang Everton pada pertengahan minggu lalu.

“Ndidi dijangka akan terlepas aksi seterusnya apabila diberitakan memerlukan sekurang-kurangnya 10 hari untuk pulih daripada kecederaan berkenaan.

“Selain Ndidi, kita juga mungkin kehilangan khidmat pemain pertahanan Jonny Evans, berikutan mengalami masalah penglihatan (kabur).

“Bagaimanapun masalah berkenaan dilaporkan semakin pulih dan Evans berkemungkinan akan diturunkan dalam usaha memperkuatkan lagi benteng pertahanan kita,” katanya.

Leicester yang kini berada pada kedudukan ketiga EPL dengan 39 mata dilihat berpeluang untuk memintas Manchester City selaku pendahulu buat seketika sekiranya menewaskan Leeds United.

Sementara itu Rodgers berkata, pihAkanya gembira dengan perkhabaran mengenai keadaan semasa penyerang utama, Jamie Vardy yang diberitakan semakin pulih setelah menjalani pembedahan hernia minggu lalu.

Katanya, berdasarkan laporan perubatan, Vardy dikatakan semakin pulih mengikut jadual dan dijangkan pemain berkenaan boleh beraksi dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

“Vardy kini sudah mula menjalani latihan di gimnasium selain turut menyertai latihan pasukan.

“Walaupun hanya berlari pada latihan berkenaan, dia menunjukkan progres yang baik dan dijangka dia mampu pulih sepenuhnya mengikut jadual,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!