Anggota tentera rugi RM13,150

Mohd Wazir
Mohd Wazir
A
A
A

KUANTAN - Hasrat seorang anggota tentera memiliki sebuah kereta jenis Toyota C-HR tidak kesampaian apabila ditipu dalam urusan pembelian kenderaan itu hingga kerugian RM13,150.

Mangsa yang berusia 22 tahun tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Triang, Bera pada Jumaat berhubung kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa tertarik untuk membeli kenderaan yang ditawarkan pada harga RM18,000 selepas melihat iklan di laman sosial Facebook, 20 Januari lalu.

Menurutnya, mangsa berurusan dengan penjualnya melalui telefon dan bersetuju membeli kenderaan tersebut pada harga yang ditawarkan.

"Mangsa diminta membuat bayaran pendahuluan dan dia berbuat demikian melalui sembilan transaksi bayaran ke dua akaun bank atas nama individu berbeza dengan jumlah keseluruhan RM13,150.

"Selepas bayaran itu dibuat, mangsa menghubungi penjual bertanyakan mengenai kenderaan tersebut namun dia diminta membuat bayaran tambahan RM5,000," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Wazir berkata, mangsa tidak membuat bayaran itu sebaliknya tampil membuat laporan polis kerana mula curiga dan syak ditipu.

"Polis membuka kertas siasatan kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!