Pergerakan pulang pedati perak ikut SOP ketat
GEORGE TOWN - Pergerakan pulang pedati perak yang membawa arca dari kuil Nattukottar Chettiar, di Jalan Air Terjun ke kuil Kovil Veedu, Lebuh Penang, di sini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tanpa sebarang alunan muzik tradisional, seperti kelazimannya.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, pergerakan pedati itu hanya melibatkan 10 orang yang terdiri daripada pengurusan kuil.
"Pedati itu mengambil masa kira-kira sejam 50 minit untuk selamat sampai ke Lebuh Penang. Ia hanya berhenti sekali sepanjang perjalanan untuk menukar dua ekor lembu yang menariknya.
"Selain diiringi 10 orang dari pengurusan kuil, ia juga diiringi polis sepanjang perjalanan iaitu di bahagian depan dan belakang pedati untuk memastikan perjalanan pedati berjalan lancar. Tiada kehadiran orang awam semasa pergerakan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!