Lebih 100 bubu naga di Pantai Remis dirampas

Set bubu naga dirampas Jabatan Perikanan Perak di perairan Pantai Remis. - Foto Ihsan Jabatan Perikanan Perak
Set bubu naga dirampas Jabatan Perikanan Perak di perairan Pantai Remis. - Foto Ihsan Jabatan Perikanan Perak
A
A
A

LUMUT - Jabatan Perikanan Perak berjaya merampas 147 set bubu naga bernilai RM11,760 di kedudukan 0.4 hingga 8.7 batu nautika Pulau Talang, Pantai Remis di sini pada Sabtu.

Ketua Pangkalan Utama Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) Kampung Acheh, Mansor Yobe berkata, operasi sekitar jam 10 pagi itu dilakukan selepas menerima aduan awam mengenai aktiviti terbabit di perairan itu.

"Sepasukan anggota digerakkan ke lokasi yang dikesan memasang peralatan menangkap ikan secara haram iaitu penggunaan bubu naga.

"Kesemua bubu naga yang dipasang telah dirampas dan dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memiliki atau memasang peralatan menangkap ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!