Suami ugut simbah asid, toreh muka isteri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

GEORGETOWN - Gara-gara mengugut untuk menyimbah asid serta menoreh muka isterinya dengan pisau, seorang lelaki ditahan polis di Relau di sini, semalam.

Suspek berusia 51 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian selepas isterinya minta diceraikan dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, siasatan awal dijalankan mendapati berlaku pertengkaran kecil antara mangsa dan suspek.

"Semasa mangsa tidur, suspek ketuk pintu bilik mangsa untuk ambil barang, mangsa membuka pintu dan tunggu di ruang tamu.

"Suspek ambil barang dan keluar ke ruang tamu dan bertanya kepada mangsa mengenai hubungan mereka, mangsa menjawab mahu cerai," katanya.

Menurutnya, berang dengan permintaan mangsa, suspek kemudiannya mengugut untuk mencederakan wajah mangsa dengan menggunakan asid atau pisau.

"Suspek juga turut bertindak mencabar mangsa untuk membuat laporan polis sebelum bertindak menekan muka suspek dengan tangan nya.

"Bimbang akan keselamatan diri, mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan polis membuat tangkapan jam 1.45 petang di rumah mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Che Zaimani berkata, siasatan juga mendapati mangsa sebelum ini pernah memukul dan mengugut mangsa.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!