Padah guna nombot plat lori
KUALA LUMPUR - Padah menunggang motosikal dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu, seorang lelaki warga Bangladesh ditahan polis dalam Op Motorsikal di Jalan Raja Laut awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, nombor pendaftaran yang digunakan merupakan nombor yang didaftarkan atas lori.
Menurutnya, lelaki berkenaan ditahan di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Zulkifli berkata, dalam operasi berasingan di Lebuhraya Duke polis mengeluarkan 414 saman trafik dan menahan lapan lelaki berusia antara 17 hingga 27 tahun yang didapati menunggang motosikal dengan aksi berbahaya dan berlumba.
“Op Samseng Jalanan yang dijalankan ini merupakan tindakan berjadual polis dalam usaha mencegah kemalangan dan membasmi samseng jalanan.
“Operasi melalui sekatan jalan raya akan menumpukan lokasi strategik khususnya pada malam minggu,” katanya.
Zulkifli menambah, semasa aktiviti penguatkuasaan, polis turut menjalankan advokasi berkaitan keselamatan bagi penunggang motosikal terutama dari sudut kepentingan melengkapkan struktur kenderaan dan lain-lain aspek keselamatan di jalan raya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!