Empat warga Pakistan ditahan dalam serbuan

Imigresen membuat operasi sekitar premis perabot dan pakaian di Pekan Gemencheh,Tampin pada Jumaat.
Imigresen membuat operasi sekitar premis perabot dan pakaian di Pekan Gemencheh,Tampin pada Jumaat.
A
A
A

TAMPIN - Empat warga Pakistan termasuk dua daripadanya kanak-kanak perempuan ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi di sekitar pekan Gemencheh pada Jumaat.

Pengarahnya, Kennith Tan Ai Kiang berkata, mereka ditahan dalam serbuan di lima buah premis menjual perabot dan pakaian melibatkan warga asing bermula jam lebih kurang 9.15 pagi hingga 1 petang.

"Operasi ini dijalankan berdasarkan daripada maklumat aduan awam dan hasil risikan jabatan yang melibatkan seramai 21 orang pegawai Imigresen dari Bahagian Penguat kuasa Imigresen Negeri Sembilan.

"Seramai 19 orang melibatkan sembilan pekerja tempatan dan 10 warga asing telah diperiksa seterusnya empat warga Pakistan iaitu seorang lelaki, seorang wanita dan dua kanak-kanak perempuan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, manakala enam pekerja asing dibebaskan dan dilepaskan kerana mempunyai pas yang sah untuk bekerja dan tinggal di negara ini.

"Seorang lelaki tempatan berumur 22 tahun yang merupakan pengurus dan penyelia premis berkenaan telah dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

"Warga asing yang ditahan ini didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana telah tinggal lebih masa ke atas pas yang diberikan," katanya.

katanya, kesemua tahanan ini dibawa ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk ujian saringan Covid-19 dan setelah keputusan ujian mendapati semua tahanan negatif, mereka dibawa dan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!