Depan restoran tapi rupa-rupanya...

Antara individu yang ditahan dalam serbuan yang dijalankan.
Antara individu yang ditahan dalam serbuan yang dijalankan.
A
A
A

BESTARI JAYA - Sebuah pusat hiburan yang berselindung di sebalik restoran diserbu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di Sungai Rambai, Jalan Batang Berjuntai pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, premis berkenaan di kelilingi oleh pagar batu dan bangunan hadapan dijadikan restoran.

"Setelah risikan pada pada Sabtu jam lebih kurang 12.15 pagi pasukan telah membuat serbuan di premis tersebut iaitu di bahagian belakang restoran.

"Seramai 39 individu ditahan terdiri daripada warga tempatan dan juga warga asing di premis terbabit," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, tindakan kompaun juga dikenakan kerana gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

"Hasil pemeriksaan juga telah merampas beberapa peralatan karaoke.

"Tangkapan dan rampasan dibawa balik ke IPD Kuala Selangor untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, ujian saringan turut dijalankan terhadap individu yang ditahan dan 17 daripadanya didapati positif dadah, terdiri daripada 12 lelaki serta lima wanita.

Artikel Berkaitan:

"Pada masa sama, polis juga sedang mengesan pemilik premis ini bagi membantu siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!