Kes dera kanak-kanak meningkat

Peningkatan kes penderaan kanak-kanak melibatkan ibu bapa sepanjang PKP sejak Mac tahun lalu membuktikan tahap mental masyarakat semakin terganggu. (Gambar kecil: Dr Noraini Ahmad )
Peningkatan kes penderaan kanak-kanak melibatkan ibu bapa sepanjang PKP sejak Mac tahun lalu membuktikan tahap mental masyarakat semakin terganggu. (Gambar kecil: Dr Noraini Ahmad )
A
A
A

SHAH ALAM - Peningkatan kes penderaan kanak-kanak melibatkan ibu bapa sepanjang PKP sejak Mac tahun lalu membuktikan tahap mental masyarakat semakin terganggu.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kes tersebut mencatatkan peningkatan sehingga 20 peratus.

“Ini menunjukkan mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya terhadap kanak-kanak.

“Saya juga berharap kerajaan dan pihak berwajib dapat melihat tahap kesihatan mental orang ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya di Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu, Wanita UMNO mendesak pihak berwajib memandang serius dan memberi pengajaran kepada orang ramai.

“Tindakan tegas perlu diambil dengan segera dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Noraini yang juga Menteri Pengajian Tinggi turut bersimpati dengan kematian kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya pada Jumaat lalu.

“Keluarga yang sepatutnya menjadi tempat berlindung, malang ia berlaku sebaliknya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak untuk bersama-sama menggembleng tenaga mengatasi kes berkenaan supaya tidak berulang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!