Ribuan penduduk Brazil protes kerajaan gagal tangani Covid-19

Ribuan penduduk Brazil protes dakwa kerajaan gagal tangani Covid-19 pada Ahad. - Foto AP
Ribuan penduduk Brazil protes dakwa kerajaan gagal tangani Covid-19 pada Ahad. - Foto AP
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Ribuan penduduk Brazil mengadakan protes di Rio de Janeiro kerana membantah tindakan Presiden, Jair Bolsonaro yang dianggap gagal dalam menangani pandemik Covid-19 di negara itu.

Mereka mengadakan perarakan kereta dan motosikal secara besar-besaran di jalan-jalan utama di bandar dan penunjuk perasaan melaungkan 'Bolsonaro out', lapor AP.

Kumpulan dipimpin oleh kumpulan konservatif pada Ahad mendakwa kerajaan gagal menguruskan penempatan dan pengagihan vaksin Covid-19.

Pada masa sama, mereka menyalahkan tindakan kerajaan yang menyebabkan krisis bekalan oksigen kepada pesakit Covid-19 di Amazon, Manaus.

Jelas Bolsonaro, kesan pelaksanaan perintah berkurung adalah lebih teruk daripada pandemik.

"Kekurangan bantuan oksigen di hospital. Ramai yang mengalami sesak nafas dan perkara itu tidak boleh dibiarkan berterusan," kata seorang peserta protes, Maria de Albuquerque.

Presiden Brazil itu turut dijangkiti Covid-19 pada Julai tahun lalu dan bertegas untuk menolak saranan pakar kesihatan dan saintis bagi mengetatkan kawalan aktiviti sosial serta ekonomi.

Pada Ahad, rekod jumlah jangkitan Covid-19 di Brazil mencatatkan 9.18 juta kes dengan 224,000 orang terkorban.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!