Bentuk muka bumi curam sukarkan operasi hari kelima
BALING - Bentuk muka bumi curam menyukarkan usaha memadam tiga titik kecil kebakaran di Gunung Baling yang memasuki hari kelima, hari ini.
Ketua Balai Baling, Penolong Penguasa Bomba Jamil Daud berkata, operasi hari ini masih menggunakan proses sama iaitu melalui jalan darat.
"Setakat ini, masih proses yang sama kita lakukan iaitu melalui darat untuk mencari punca api.
"Kita sedang berusaha membuat pemadaman di kawasan boleh dihampiri. Bentuk muka bumi yang curam menyukarkan tindakan operasi," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, ketika ini bomba sudah mengenal pasti tiga titik kecil tersebut bagi tindakan pemadaman.
"Setiap titik kebakaran sukar dicari berikutan tiupan angin kuat. Spot ini seperti buka dan tutup, bila angin kuat ia akan berasap dan kemudian hilang.
"Ini membuatkan proses kita untuk mencari spot kebakaran menjadi sukar tetapi spot-spot itu hanya bara-bara tunggul besar dan tanah gambut sahaja," katanya.
Jamil berkata, 79 anggota daripada pelbagai agensi termasuk malim gunung terlibat dalam operasi hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
Gunung Baling terbakar: operasi memadam diteruskan
Gunung Baling terbakar: Tanglung punca kebakaran?
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!