Kereta terbabas, bukan jatuh dari bangunan parkir

Keadaan kereta yang terbabas dan terbalik ketika keluar dari bangunan parkir sebuah pusat membeli belah di Ipoh pada Ahad.
Keadaan kereta yang terbabas dan terbalik ketika keluar dari bangunan parkir sebuah pusat membeli belah di Ipoh pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Polis mengesahkan tiada kejadian kereta terjatuh dari bangunan parkir sebuah pusat membeli belah di Station 18, di sini sepertimana tular di media sosial sejak malam Ahad.

Kejadian sekitar jam 6.50 petang itu hanya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang terbabas melanggar palang besi dan penghadang tepi sebelum terbalik.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian itu berlaku ketika pemandu kereta terbabit, seorang wanita berusia 22 tahun tertekan pedal minyak ketika mahu keluar dari kawasan parkir.

Katanya, keadaan itu menyebabkan kenderaan berkenaan melanggar palang besi parkir sebelum merempuh penghadang tepi dan terbalik.

"Wanita berkenaan mengalami kecederaan di bahagian tangan dan bahu kiri sementara kereta rosak teruk di bahagian tepi kiri, bumbung dan cermin sisi," katanya.

Menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan lain-lain kenderaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!