Gadis jual dorayaki guna motor

Status jualan Siti Noorbaizura di Facebook yang tular dan mendapat perhatian netizen. Siti Noorbaizura menunggang motosikal menjual kuih dorayaki pada waktu pagi sehingga tengahari.
Status jualan Siti Noorbaizura di Facebook yang tular dan mendapat perhatian netizen. Siti Noorbaizura menunggang motosikal menjual kuih dorayaki pada waktu pagi sehingga tengahari.
A
A
A

JEMPOL - Seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak malu melakukan perniagaan bergerak dengan menunggang motosikal semata-mata untuk menjual kuih dorayaki.

Kisah Siti Noorbaizura Abdul Rahman, 27, menjadi tular selepas dia memuat naik status di Facebook menjual dorayaki menggunakan motosikal di hadapan sebuah pasar raya di Bahau selain menawarkan caj penghantaran seikhlas hati.

Graduan Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Kimia itu menjelaskan, dia tidak kisah untuk berniaga dengan cara itu asalkan mendapat rezeki halal selain tidak memilih pekerjaan.

"Ketika ini saya bekerja sebagai pembantu restoran pada sebelah petang dan menjual kuih dorayaki pada waktu pagi.

Siti Noorbaizura membuat penghantaran kepada pelanggan di kuaters Air Hitam, Jempol.
Siti Noorbaizura membuat penghantaran kepada pelanggan di kuaters Air Hitam, Jempol.

"Saya baru empat hari berniaga dorayaki dan tidak sangka pula dalam sehari jualan kuih ini boleh habis sehingga 150 biji.

"Pada mulanya saya hanya berniat untuk parkir motosikal dan berniaga di hadapan pasar raya tetapi selepas saya memuat naik status di Facebook, ramai yang meminta saya untuk membuat penghantaran," katanya ketika ditemui media disini pada Isnin.

Katanya, dia tidak mempunyai masalah untuk menghantar pesanan pelanggan jika ia lebih memudahkan tambahan pula hanya menunggang motosikal.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Siti Noorbaizura bersyukur apabila permohonannya mendapatkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 yang lalu telah lulus sekali gus menjadikan bantuan itu sebagai modal memulakan perniagaan menjual dorayaki.

Siti Noorbaizura berniaga dorayaki menggunakan motosikal.
Siti Noorbaizura berniaga dorayaki menggunakan motosikal.

"Alhamdulillah...keluarga sentiasa menyokong usaha saya ini malah jualan dorayaki turut mendapat sambut menggalakkan sekitar daerah ini sehingga ke daerah Kuala Pilah.

"Justeru, saya berharap graduan di luar sana yang masih belum mempunyai pekerjaan, berniagalah walaupun secara kecil-kecilan. Setidak-tidaknya beroleh pendapatan dan tidak mustahil dapat membina perniagaan lebih besar," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!