Pindaan Akta Kerja dibentangkan Mac depan

 M. Kula Segaran - Foto Bernama
M. Kula Segaran - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pindaan kepada Akta Kerja 1955 dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

Beliau berkata akta itu yang kali akhir dipinda pada 2013 akan melibatkan pindaan yang agak besar kali ini.

Beliau berkata kerajaan sudah dalam peringkat akhir peringkat akhir selepas beberapa sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan dan pertubuhan bukan kerajaan, dan kini menunggu laporan akhir daripada jawatankuasa bebas sebelum meneruskan pembentangan.

"Terdapat 38 perkara utama (semuanya) ...yang sedang diteliti dan mereka seharusnya dapat menyiapkan laporan itu mengikut tempoh yang ditetapkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-menteri Buruh Asean di sini hari ini

Ditanya mengenai laporan bahawa jawatankuasa bebas itu sepatutnya menyerahkan laporan pada akhir tahun ini, beliau menyatakan bahawa kabinet sebenarnya telah bersetuju untuk memberi jawatankuasa itu lanjutan masa sehingga Februari.

Artikel Berkaitan:


“Bagaimanapun saya meminta mereka menghantar laporan itu tidak lewat daripada Januari, dan saya memberi jaminan sebaik sahaja diluluskan laporan itu akan disiar secara dalam talian” katanya merujuk kepada operasi pengurusan standard kementerian yang sentiasa melibatkan orang ramai. – Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!