Ganjaran buat pembaca setia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sinar Harian , Farah Hussamuddin (kiri) turut membuat cabutan pemenang sewaktu Finale Peraduan Sinar Di Hatiku yang berlangsung di Auditorium Karangkraf. Foto Sinar Harian /Asril Aswandi Shukor.

A
A
A

PERADUAN Sinar Harian Di Hatiku mendapat sambutan luar biasa apabila menerima sebanyak 44,621 penyertaan dari seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Harian, Farah Hussamuddin berkata, pihaknya tidak menyangka mendapat maklum balas sebegitu daripada orang ramai yang menyertai peraduan berkenaan.

“Ia menunjukkan masyarakat masih lagi membeli surat khabar tetapi mereka mahu lebih lagi.

“Pada masa ini, kita mahu memberi ganjaran kepada pembaca kita dan akan mengumumkan siapa yang akan dipilih (sebagai pemenang),” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Dari kiri: Ruzy Adila, Farah, Rozaid dan Azmi sewaktu Finale Peraduan Sinar Harian Di Hatiku di Auditorium Karangkraf, Shah Alam pada Isnin.- FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Dari kiri: Ruzy Adila, Farah, Rozaid dan Azmi sewaktu Finale Peraduan Sinar Harian Di Hatiku di Auditorium Karangkraf, Shah Alam pada Isnin.- FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Farah berkata, susulan sambutan yang diterima sangat menggalakkan, peraduan yang dianjurkan pada masa depan bakal menaikkan jumlah hadiah yang ditawarkan kepada pembaca.

Peraduan Sinar Harian Di Hatiku berlangsung sejak 5 Oktober hingga 14 Disember lalu diadakan bagi menghargai pembaca setia Sinar Harian.

Peserta hanya perlu meneka gambar destinasi yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian dan memberikan slogan terbaik.

Artikel Berkaitan:

Peraduan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM60,000.

Azmi (kiri) turut membuat cabutan pemenang pada Finale Peraduan Sinar Harian Di Hatiku. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Azmi (kiri) turut membuat cabutan pemenang pada Finale Peraduan Sinar Harian Di Hatiku. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Nurhidayah Ab Ghani telah dipilih sebagai pemenang pertama Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000.

Tempat kedua dimenangi oleh Norsham Hamisan dari Johor Bahru, Johor dan membawa pulang wang tunai RM8,000.

Tempat ketiga pula menerima wang tunai RM2,000 dimenangi oleh Nur Amalina Mohd Amin dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

Lima pemenang saguhati yang membawa pulang RM1,000 ialah Raja Balqis Nabila, Nurul Dawinie Abd Rahman, Rohasmizah Hashim, Mohd Hata Adon dan Baharim Abd Rahman.

Bagi kategori penyertaan kreatif yang menawarkan wang tunai RM5,000, pemenangnya ialah Amin Hadarith.

Ketua Pengarang Sinar Harian, Rozaid Rahman (kiri) semasa membuat cabutan pemenang sewaktu Finale Peraduan Sinar Di Hatiku yang berlangsung di Auditorium Karangkraf. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Ketua Pengarang Sinar Harian, Rozaid Rahman (kiri) semasa membuat cabutan pemenang sewaktu Finale Peraduan Sinar Di Hatiku yang berlangsung di Auditorium Karangkraf. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Semua pemenang turut menerima hadiah iringan daripada PMB Shariah Fund bernilai RM1,000.

Dalam pada itu, susulan sambutan luar biasa bagi kategori kreatif, pihak penganjur menambah dua lagi hadiah saguhati untuk kategori itu.

Pemenang saguhati kreatif yang membawa pulang RM1,000 ialah Mohammad Norazmin dan Normala Ithinin.

Bertepatan dengan tema Finale Peraduan Sinar Harian Di Hatiku iaitu Malam Menghargai Pembaca Sinar Harian turut menawarkan sebanyak 20 hadiah cabutan bertuah kepada pembaca.

Ruzy Adila (kiri) membuat cabutan bertuah sewaktu Finale Peraduan Sinar Harian Di Hatiku. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Ruzy Adila (kiri) membuat cabutan bertuah sewaktu Finale Peraduan Sinar Harian Di Hatiku. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Antaranya ialah dua buah motosikal, sebuah peti ais, empat buah televisyen, lima buah telefon pintar, PS4, dron, jam pintar dan banyak lagi.

Sesi cabutan bertuah dilakukan oleh Farah; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Abdul Rahman; Pengarang Eksekutif Cetak Sinar Harian, Azmi Tarmizi dan Pengarang Eksekutif Digital Sinar Harian, Ruzy Adila Idris.

Selain itu, penonton malam finale juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila sebanyak 13 soalan diberikan pengacara dengan setiap soalan menawarkan hadiah wang tunai RM100 hingga RM200.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!