Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini

Ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.
Ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pengukuhan di celah-celah berita bahawa Amerika Syarikat mempunyai kelebihan dalam mengembangkan ekonominya dan memvaksinkan penduduknya bagi memerangi Covid-19.

Pada jam 9 pagi, ringgit turun kepada 4.0450/0550 berbanding dolar AS daripada 4.0400/0450 pada Jumaat lepas.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata, penurunan ringgit mungkin bersifat sementara kerana harga minyak terus meningkat dan terdapatnya jangkaan pengurangan risiko terhadap mata wang baharu termasuk ringgit.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah penanda aras Brent meningkat 0.96 kepada AS$56.89 (RM229) setong.

"Permintaan mungkin akan lemah sedikit, mengambil petunjuk daripada pemulihan ekonomi yang perlahan di China serta sekatan pergerakan di celah musim sambutan Tahun Baharu Cina.

“Bagaimanapun, saya berpendapat ini mungkin sementara sahaja dan pasaran boleh mengatasinya," kata beliau kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0356/0443 daripada 3.0369/0416 pada Jumaat tetapi merosot berbanding yen Jepun pada 3.8568/8667 daripada 3.8524/8575.

Artikel Berkaitan:

Unit tempatan itu lemah berbanding pound Britain kepada 5.5303/5444 daripada 5.5207/5291 tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.8807/8944 daripada 4.8945/9021 sebelumnya.

Pasaran ditutup pada Khamis lepas sempena sambutan perayaan Thaipusam dan pada Isnin bagi Hari Wilayah Persekutuan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!