Cari bapa kandung anak angkat

Nur Afrina Batrisya
Nur Afrina Batrisya
A
A
A

KOTA BHARU - Sepasang suami isteri di sini mengesan bapa kandung kepada anak angkatnya bagi menyelesaikan proses dokumentasi Jabatan Pendaftaran Negara.

Nor Hasilah Mohamed Ali, 53, berkata, anak angkatnya, Nur Afrina Batrisya Roszuewan dijaga ketika masih berusia tujuh tahun lagi.

Menurutnya, dia bersama suami, Mohd Rahimi Yusoff pernah mencari bapa kandung yang beralamat di Kampung Wakaf Zain Tawang Bachok sejak tiga tahun lalu tetapi tidak berjaya menemuinya.

“Kami dimaklumkan keluarga tersebut sudah berpindah ke Kuala Lumpur dan kami gagal mengesan mereka.

“Tujuan saya mencari bapa asal Afrina iaitu, Roszuewan Mohd Asri adalah untuk urusan mendapatkan hak penjagaan anak angkat yang sah,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Nor Hasilah berharap Roszuewan dapat ditemukan dan tampil dengan segera bagi membantu proses berkenaan demi masa depan anak angkatnya itu.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat boleh juga menghubungi Nor Hasilah di talian 017-952 8862.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!