Dicekup selepas tiga minggu tumpang rumah rakan lelaki

Remaja perempuan dan rakannya mendakwa datang dari Sik untuk bekerja di sebuah kedai makan dan menumpang di rumah rakan lelaki ketika dicekup.
Remaja perempuan dan rakannya mendakwa datang dari Sik untuk bekerja di sebuah kedai makan dan menumpang di rumah rakan lelaki ketika dicekup.
A
A
A

KULIM - Seorang remaja perempuan bersama rakannya memberi alasan menumpang di rumah rakan lelaki ketika ditahan penguat kuasa agama di sebuah rumah di sini kira-kira jam 2.45 pagi pada Selasa.

Pegawai Penguat kuasa Agama Daerah Kulim, Azwan Azman berkata, remaja berusia 16 tahun bersama rakan 39 tahun dari Sik, Kedah mengaku sedang bekerja di sebuah kedai makan di Kulim.

Menurutnya, ketika serbuan, mereka memberi alasan menumpang di rumah rakan lelaki kerana ingin bekerja.

"Penguat kuasa agama membuat pemeriksaan di sebuah rumah hasil aduan awam. Pemeriksaan mendapati terdapat dua perempuan dan dua lelaki dalam rumah terbabit dalam keadaan mencurigakan dan mendatangkan syak berlaku maksiat.

"Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan suami isteri dan bukan mahram," katanya.

Siasatan lanjut mendapati remaja perempuan dan rakannya telah menumpang di rumah terbabit sejak lebih tiga minggu lalu.

Kesemua mereka termasuk dua lelaki berusia 18 dan 23 tahun telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk tindakan lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Artikel Berkaitan:

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dikenakan hukuman dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!