68 termasuk 22 bayi di pusat perlindungan positif Covid-19

Catatan di Facebook Mak Cik Liza mengenai Rumah Perlindungan Baitus Solehah.
Catatan di Facebook Mak Cik Liza mengenai Rumah Perlindungan Baitus Solehah.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 68 penghuni termasuk 22 bayi dari sebuah rumah perlindungan di Skudai, di sini, disahkan positif Covid- 19 sejak dikesan Jumaat lalu.

Pengasas Rumah Perlindungan Baitus Solehah dikenali sebagai Mak Cik Liza berkata, jumlah itu melibatkan 22 bayi bersama ibu masing-masing, 10 ibu mengandung serta 14 kakitangan pusat perlindungan.

Menurutnya, tujuh bayi bersama ibu dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan selebihnya dihantar ke Hospital Permai di ini untuk menjalani kuarantin.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih melakukan siasatan bagi mencari punca jangkitan. Kami reda dengan ujian ALLAH menimpa anak-anak ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Mak Cik Liza melalui Facebooknya sedih dengan keadaan pusat berkenaan yang semakin sepi.

"Sedih dan pilu bila mereka dibawa pergi. Selama lapan tahun saya hidup bersama mereka dalam dengan keriuhan suara tangis bayi dan gelak tangis ibu.

"Semoga ALLAH melimpahkan rahmat atas kejadian ini untuk diambil pelajaran dan pengajaran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!