Misi WHO di Wuhan berjalan lancar

Pakar WHO mengenakan sut hazmat ketika berkunjung ke Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Haiwan di Wuhan pada Selasa. - Foto: AFP
Pakar WHO mengenakan sut hazmat ketika berkunjung ke Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Haiwan di Wuhan pada Selasa. - Foto: AFP
A
A
A

WUHAN - Misi menyiasat asal-usul Covid-19 di China berjalan dengan lancar walaupun banyak pihak yang ragu-ragu dengan ketelusan laporan tersebut.

Pada Selasa, pasukan pakar antarabangsa tersebut meneruskan siasatan mereka dengan berkunjung ke Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Haiwan di bandar Wuhan, wilayah Hubei yang merekodkan kes pertama wabak tersebut.

Mereka turut mengenakan sut hazmat ketika dibawa melawat ke seluruh kawasan kemudahan tersebut.

Salah seorang pakar terbabit, Peter Daszak berkata, perkembangan misi tersebut adalah sangat baik sejak ia memulakan kerja lapangan pada akhir minggu lalu.

Ketua kumpulan itu, Peter Ben Embarek juga mengesahkan mereka diberikan akses tanpa had di bandar terbabit.

Selepas lawatan itu, pasukan pakar WHO bertemu dengan kakitangan utama yang bertanggungjawab ke atas pengawasan haiwan ternakan serta turut mengadakan perbincangan secara mendalam tentang beberapa isu.

Kumpulan pakar terbabit turut menerima kunjungan pegawai daripada Pusat Darah Wuhan yang mengumpulkan plasma darah pesakit Covid-19 yang telah sembuh. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!