Korban masa muda untuk bantu keluarga

Muhd Akmal Fawwaz (kanan) dan Shahril Shamsunilani (dua kanan) menyerahkan sumbangan daripada Persatuan Pewaris Anak Kuala Kedah kepada Intan Adriana sekeluarga di Kampung Tengah, Kuala Kedah pada Isnin.
Muhd Akmal Fawwaz (kanan) dan Shahril Shamsunilani (dua kanan) menyerahkan sumbangan daripada Persatuan Pewaris Anak Kuala Kedah kepada Intan Adriana sekeluarga di Kampung Tengah, Kuala Kedah pada Isnin.
A
A
A

KUALA KEDAH - Seorang pembantu tukang masak sanggup mengorbankan cita-citanya untuk mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga selepas bapanya meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Muhammad Danial Syafiq Zainal Abidin yang kini berusia 23 tahun reda kerana masa mudanya hanya memberi fokus membantu ibu dan lima adiknya menjalani kehidupan yang lebih baik.

Menurut Muhammad Danial Syafiq arwah bapanya yang bekerja memandu membawa lori ais meninggal dunia enam bulan lalu selepas terlantar akibat kemalangan jalan raya.

"Sekarang saya hanya memikirkan tentang pendidikan adik-adik. InsyaAllah selepas mereka tamat belajar, saya akan fikirkan tentang diri sendiri," katanya kepada Sinar Harian selepas ditemui di Kampung Tengah, Kuala Kedah pada Isnin.

Muhammad Danial Syafiq yang mempunyai kelulusan dalam bidang Kulinari dari Kolej Langkawi yang bekerja di sebuah restoran di Alor Setar dengan pendapatan sekitar RM900 sebulan bercuti sementara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari lalu.

"Bagaimanapun, saya akan kembali bekerja semula," katanya.

Muhammad Danial Syafiq Zainal Abidin
Muhammad Danial Syafiq Zainal Abidin

Sementara itu, ibunya, Intan Adriana Jamal, 45 bersyukur kerana Muhammad Danial Syafiq matang dan bertanggungjawab terutama dalam meringankan beban keluarga.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga turut menghidap penyakit darah tinggi tetapi masih mampu menguruskan anak-anak terutamanya yang masih bersekolah.

"Sepanjang PKP ini, mereka belajar secara dalam talian dengan menggunakan telefon pintar saya dan milik arwah suami. Walaupun hidup sederhana kami bersyukur kerana tinggal di rumah pusaka tinggalan arwah ibu mertua. Sekurang-kurang tidak perlu fikir sewa rumah," katanya.

Menurut Intan Adriana, anak keduanya iaitu Muhammad Iqbal Shauqie, 21, kini belajar di Institut Kemahiran Mara di Sungai Petani.

"Anak ketiga dan keempat iaitu Muhammad Amirul Haziq, 15 dan Muhammad Nu'man Hakim, 13 kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri PantaI Manakala anak kelima dan keenam iaitu Muhammaq Qayyum Raffieu, 11 dan Nur Irfina Amira Batrisya, 9 belajar di Sekolah Kebangsaan Haji Ismail,"katanya.

Jelasnya, bantuan Jabatan Kebajikan Sekolah (JKM) sebanyak RM600 sebulan kepada empat anaknya itu dapat meringankan beban dan dapat digunakan untuk tujuan persekolahan mereka.

Nasib Intan Adriana sekeluarga mendapat perhatian Pengerusi Persatuan Pewaris Anak Kuala Kedah, Muhd Akmal Fawwaz Muhamad Ali dan timbalannya, Shahril Shamsunilani Mohd Shariff yang menyampaikan sumbangan keperluan dapur termasuk sumbangan wang tunai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!