Kemudahan JomPAY untuk pendeposit TH

Pendeposit boleh membuat urusan pemindahan dana secara dalam talian ke dalam akaun simpanan TH pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja menerusi JomPAY.
Pendeposit boleh membuat urusan pemindahan dana secara dalam talian ke dalam akaun simpanan TH pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja menerusi JomPAY.
A
A
A

SHAH ALAM - Para pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) kini boleh menggunakan kemudahan pemindahan dana dalam talian (JomPAY).

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mustakim Mohamad berkata, ia sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak 'touchpoints' untuk kemudahan para pendeposit.

Menurutnya, jumlah transaksi pendeposit yang menggunakan kemudahan perbankan internet dan pelbagai saluran dalam talian telah meningkat kepada hampir 80 peratus berbanding transaksi yang dilakukan di kaunter.

"TH sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan digital kepada para pendepositnya dan dengan pengenalan kemudahan JomPAY, urusan pendeposit dapat dijalankan dengan lebih mudah.

"Pendeposit dapat memindahkan dana daripada akaun simpanan/semasa bank mereka ke akaun simpanan TH melalui platform perbankan internet yang sedia ada.

"Tambahan pula, pendeposit tidak perlu membuat sebarang pendaftaran untuk menggunakan kemudahan ini dan ia adalah percuma," kata dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebanyak 28 buah bank di Malaysia menyediakan kemudahan ini menerusi platform perbankan internet masing-masing.

Melalui JomPay, pendeposit boleh membuat urusan pemindahan dana secara dalam talian ke dalam akaun simpanan TH pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Artikel Berkaitan:

JomPay Biller Code bagi simpanan TH adalah 60228 dengan 15-digit nombor Akaun Simpanan TH perlu dimasukkan sebagai Ref-1 (rujukan).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!