Sindiket Macau Scam menyamar kakitangan pos, polis tumpas

Ayob Khan menunjukkan gambar anggota sindiket " call centre" yang menyamar sebagai kakitangan pos dan polis di Bandar Penawar Kota Tinggi.
Ayob Khan menunjukkan gambar anggota sindiket " call centre" yang menyamar sebagai kakitangan pos dan polis di Bandar Penawar Kota Tinggi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kegiatan sindiket 'call centre' Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan pejabat pos dan polis terbongkar dalam satu serbuan di Bandar Penawar Kota Tinggi pada Selasa.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan kira-kira jam 10.35 pagi itu seramai 15 lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia 22 hingga 33 tahun ditahan.

Menurutnya, pelbagai barangan dirampas dalam serbuan itu antaranya 57 buah telefon bimbit pelbagai jenama, satu set komputer dan dua buah modem.

"Siasatan mendapati sindiket ini beroperasi sejak setahun lalu dengan menjadikan rumah homestay (inap desa) sebagai pusat kegiatan mereka.

"Modus operandi digunakan adalah dengan menyamar sebagai pegawai pos laju dan memperdayakan mangsa kononnya kiriman atas nama mangsa ditahan oleh polis kerana mengandungi barang yang menyalahi undang- undang.

"Mereka juga menyamar sebagai anggota polis kononnya mangsa boleh ditangkap dan akan dikenakan tindakan undang- undang. Penyamar seterusnya menawarkan bantuan kepada mangsa untuk membuat laporan polis," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor di sini pada Rabu.

Antara barang yang dirampas dari sindiket call centre di Bandar Penawar yang berjaya dibongkar menerusi serbuan pada Selasa.
Antara barang yang dirampas dari sindiket call centre di Bandar Penawar yang berjaya dibongkar menerusi serbuan pada Selasa.

Menurut Ayob Khan, ahli sindiket turut menyamar sebagai pegawai penyiasat dan pegawai Amla dan menawarkan kepada mangsa untuk menyelesaikan kes dengan meminta maklumat diri dan perbankan.

Artikel Berkaitan:

Katanya mangsa diminta untuk mengikut arahan yang diberikan melalui panggilan telefon untuk membuat pindahan wang ke dalam akaun bank yang diberikan ahli sindiket.

"Segelintir daripada ahli sindiket yang ditahan memberitahu pada mulanya ditawarkan pekerjaan yang lain di media sosial dan mengetahui pekerjaan yang mereka buat setelah memasuki rumah tersebut.

"Malah mereka tidak dibenarkan keluar dari rumah dan segala keperluan seperti makan dan minum disediakan oleh ketua sindiket. Kebanyakan mereka ini datang dari Sabah, Sarawak dan Melaka.

"Selain itu mereka turut diberikan komisen 3 hingga 5 peratus sebagai setiap bayaran yang diperoleh daripada mangsa. Mereka turut memperoleh gaji sekitar RM2,000 hingga RM 7,000 setiap bulan," katanya.

Tambah beliau, kesemua suspek mendapat kebenaran reman dari Mahkamah Majistret Kota Tinggi sehingga 6 Februari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!