Dr Noor Hisham nafi hantar surat peletakan jawatan

Berita palsu berhubung perletakan jawatan Dr Noor Hisham yang tular di aplikasi WhatsApp.
Berita palsu berhubung perletakan jawatan Dr Noor Hisham yang tular di aplikasi WhatsApp.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan beliau menghantar surat peletakan jawatan sepertimana tular di media sosial.

Menerusi ciapannya pada Rabu, Panglima Perang Covid-19 itu berkata, laporan tersebut adalah palsu.

"Ini adalah salah satu berita palsu yang mengelirukan orang ramai," ciapnya.

Terdahulu berlegar-legar 'laporan' yang dikatakan Dr Noor Hisham akhirnya menghantar surat peletakan jawatan menerusi aplikasi WhatsApp.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!