Aplikasi didik masyarakat elak Covid-19

Dr Adham ketika menghadiri sesi pengenalan aplikasi pendidikan untuk mengelak jangkitan Covid-19 pada Rabu. Foto Facebook KKM
Dr Adham ketika menghadiri sesi pengenalan aplikasi pendidikan untuk mengelak jangkitan Covid-19 pada Rabu. Foto Facebook KKM
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal memperkenalkan satu aplikasi pendidikan dalam talian bagi memupuk kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat untuk mengelak daripada jangkitan Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, aplikasi pendidikan yang diasaskan oleh Dr Peter Chew itu menggunakan konsep mendidik masyarakat melalui strategi perlindungan diri yang paling efektif bagi mengelak jangkitan Covid-19.

“Mereka yang menggunakan aplikasi ini perlu mencari semua pembawa Covid-19 yang asimptomatic (tiada gejala) dan pra-simptomatik dalam usaha untuk mencapai ke peringkat seterusnya dalam aplikasi ini.

“Di mana sahaja kita mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sama ada duduk rumah atau bila ada waktu senggang bolehlah ambil cabaran 'online' ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook KKM pada Rabu.

Dr Adham berkata, dengan wujudnya aplikasi sedemikian, beliau berharap supaya masyarakat dapat mengambil pengajaran dan mengamalkan normal baharu, mematuhi prosedur operasi standard dan seterusnya mengelak diri serta keluarga daripada jangkitan Covid-19.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Tenggara berkata, KKM sentiasa mengalu-alukan idea dan kerjasama pintar atau 'smart partnership' dengan pihak swasta dan mana-mana individu yang mahu menyumbang pelbagai usaha termasuk karya kreatif.

Katanya, antara contoh sumbangan kreatif yang boleh diberikan adalah seperti artikel, video di media sosial, sketsa video, kapsul awam, grafik dan pendidikan di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!