Doakan saya esok...
ANAK kedua kepada pelakon Lana Nodin iaitu William Daud Mckienzie atau nama manjanya, Billy bakal menjalani pembedahan jantung, esok.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Lana memberitahu, Billy mempunyai masalah kecacatan jantung yang wujud sejak lahir (kongenital), dipanggil Aortic Stenosis (masalah pada injap jantung).
"Assalamualaikum... Nama saya William Daud McKienzie atau “Billy”. Saya dilahirkan dengan congenital heart defect called Aortic Stenosis.
"Tolong doakan saya esok dengan selamat as I am going in to relieve the pressure on my heart (di mana saya akan melepaskan tekanan pada jantung saya)," tulisnya di Instagram.
Dalam masa sama, Lana juga berharap mana-mana pihak yang mahu membantu, menyalurkan bantuan mereka ke tabung Institut Jantung Negara (IJN) kerana masih ramai lagi bayi dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan.
"Anda semua boleh membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti saya (kata ganti untuk Billy) untuk mendapatkan bantuan rawatan dengan menderma kepada Yayasan IJN," katanya.
Lana dan suaminya David Mckinzie atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckinzie mendirikan rumah tangga pada tahun 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Gia Quinn Mckinzie, 3, dan William Daud Mckienzie yang dilahirkan Disember lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!