AES tepati maqasid syariah
SHAH ALAM - Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dengan mengenakan saman adalah menepati maqasid syariah dalam Islam.
Naib Presidennya, Hasanuddin Yunus berkata, ia bertujuan untuk menjaga nyawa pemandu, penumpang dan harta benda yang ada di atas lebuh raya.
Ahli Parlimen Hulu Langat berkata, beliau merumuskan perkara itu selepas berbual dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai langkah yang dilaksanakan kerajaan itu.
“Menteri Pengangkutan mengesahkan alat dan kamera yang digunakan bukan sembarangan, mempunyai sijil kelulusan dan kadar kesilapan yang sangat minima, mampu mengelakkan sebarang penganiayaan dan kezaliman kepada pengguna
“Tanpa ketegasan kerajaan, ia akan membuatkan pemandu leka memandu dengan laju seenaknya,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya.
Katanya lagi, walaupun ada golongan yang mengapi-apikan kebencian terhadap kerajaan dalam urusan AES, beliau percaya rakyat Malaysia yang ikhlas dan waras secara senyap akan menghargai usaha murni kerajaan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!