Isa Samad bayar ikat jamin tambahan RM700,000

Isa Samad hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membayar ikat jamin tambahan sebanyak RM700,000 pada pagi Khamis.
Isa Samad hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membayar ikat jamin tambahan sebanyak RM700,000 pada pagi Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tiba di Mahkamah Tinggi di sini pada jam 10.36 pagi Khamis bagi melunaskan ikat jamin tambahan sebanyak RM700,000.

Mohd Isa yang lebih dikenali sebagai Isa Samad tiba dengan memakai kemeja biru bersama isteri, Puan Seri Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Setelah berada di kaunter pendaftaran jenayah Mahkamah Tinggi, bekas Ahli Parlimen Jempol itu dilihat keluar bersama pengikutnya menerusi pintu utama mahkamah pada jam 1.52 petang.

Ketika keluar ke lobi mahkamah, Isa Samad sempat menyergah sambil berseloroh dengan wartawan agar menjaga penjarakan fizikal.

"Jarak, jarak, jarak patuh prosedur operasi standard (SOP), kalau tidak denda RM1,000," katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi mahkamah, peguam, Siti Sarah Khalil yang mewakili Isa Samad berkata, pihaknya telah memfailkan rayuan pada jam 11 pagi.

Isa Samad hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membayar ikat jamin tambahan sebanyak RM700,000 pada pagi Khamis.
Isa Samad hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membayar ikat jamin tambahan sebanyak RM700,000 pada pagi Khamis.

Pada Rabu, Isa Samad dihukum penjara 54 tahun dan denda RM15.45 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan kes rasuah RM3.09 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, tujuh tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, semua hukuman penjara itu diperintahkan berjalan secara serentak dan ini bermakna Isa Samad dipenjara selama enam tahun.

Mahkamah turut memerintahkan Isa Samad dihukum penjara 18 tahun jika gagal membayar denda.

Namun, mahkamah membenarkan bekas Pengerusi Felda untuk menangguhkan kesemua hukuman penjara dan denda sehingga rayuan dengan syarat iaitu jumlah jaminan dinaikkan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta dan ia perlu dilunaskan sebelum jam 2 petang hari ini.

Isa Samad hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membayar ikat jamin tambahan sebanyak RM700,000 pada pagi Khamis.
Isa Samad hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membayar ikat jamin tambahan sebanyak RM700,000 pada pagi Khamis.

Selain itu, Isa Samad juga diarah untuk melaporkan diri di balai polis berdekatan pada 1 hari bulan setiap bulan.

Mohd Isa, 72, didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3.09 juta daripada Ikhwan Zaidel iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Pertuduhan menurut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!