City makin sukar dicabar

City tampak cukup kebal selepas merekodkan 13 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan setakat ini.
City tampak cukup kebal selepas merekodkan 13 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan setakat ini.
A
A
A

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola mengingatkan barisan pencabar The Citizens tampil lebih baik selepas anak-anak buahnya merekodkan kemenangan ke-13 berturut-turut ketika membenam Burnley 2-0 awal pagi Khamis.

Kemenangan di gelanggang lawan itu menyaksikan City terus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mengumpul 47 mata - tiga mata meninggalkan pencabar terdekat, Manchester United.

Namun, Guardiola tetap meminta skuad kendaliannya terus fokus bagi mengharungi aksi liga sehingga penghujung musim ini bagi membolehkan mereka kekal menerajui carta EPL.

“Ada yang bertanya adakah kami mampu untuk menjadi lebih baik daripada sekarang, jawapan saya adalah ya. Pada perlawanan menetang Burnley, para pemain melakukan sedikit kesilapan iaitu kehilangan bola.

“Saya meminta mereka berusaha untuk mengurangkan kesilapan itu tetapi ia tetap berlaku. Namun, kesilapan itu tidak besar. Secara keseluruhan, saya berpuas hati kerana banyak peluang menjaringkan gol telah dicipta.

“Perlawanan menentang Burnley bukan sesuatu yang mudah kerana kami kerap berdepan situasi sukar. Tetapi pemain-pemain saya telah melaksanakan tugas mereka dengan baik.

“Kami bernasib baik kerana berjaya menjaringkan gol lebih awal dan selepas itu, kami berjaya untuk menembusi benteng pertahanan lawan dengan lebih kerap," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Gabriel Jesus meletakkan City di hadapan seawal minit ketiga sebelum Raheem Sterling menambah gol kedua The Citizens pada minit ke-38.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!