Bilal terkejut temui bayi di surau

Bayi perempuan yang ditemui di Surau Parit Botak Darat, Senggarang, Batu Pahat awal pagi tadi menggemparkan penduduk.
Bayi perempuan yang ditemui di Surau Parit Botak Darat, Senggarang, Batu Pahat awal pagi tadi menggemparkan penduduk.
A
A
A
BATU PAHAT - Jemaah di Surau Parit Botak Darat, Senggarang, di sini, dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di surau berkenaan.

Bayi yang dibaluti kain pelikat dan tuala itu ditemui oleh bilal surau awal pagi tadi selepas mendengar suara seakan-akan tangisan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, pengadu kemudiaannya membuat laporan polis pada jam kira-kira 5.30 pagi berkaitan penemuan itu.

"Siasatan awal mendapati, semasa pengadu tiba di surau, dia terdengar suara tangisan bayi. Pengadu kemudiannya terlihat sebuah bungkusan yang diletakkan di atas tangga surau itu sebelum memeriksa.

"Bagaimanapun, pengadu yang juga bilal di situ terkejut setelah mendapati seorang bayi perempuan berada dalam bungkusan itu. Pengadu kemudiannya menghubungi Balai Polis Senggarang untuk memaklumkan kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi.
Artikel Berkaitan:


Menurut beliau, bayi tersebut berada dalam keadaan stabil dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Susulan daripada itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat kejadian.

Azhan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini menghubungi pihak polis di talian 07- 4343999 bagi membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!