Kubur korban Covid-19 mendap
DEPOK - Tanah perkuburan Umum (TPU) Karaba, Depok, Jawa Barat, di sini mengalami masalah tanah mendap dan air bertakung akibat hutan lebat beberapa hari kebelakangan ini.
Penyelaras TPU Karaba, Tajudin mengesahkan tanah perkuburan menempatkan korban Covid-19 telah mendap beberapa kaki ke dalam tanah dan terdapat batu-batu nisan yang rebah, lapor portal Liputan6, pada khamis.
"Keadaan ini berlaku disebabkan kurang kepadatan tanah untuk menutup lubang kubur dan apabila hujan berpanjangan berlaku mendapan tanah," katanya.
Tajudin menjelaskan, TPU Karaba mampu menempatkan 2,500 kubur dengan keluasan tanah 1.2 hektar.
"Tanah perkuburan dikhaskan untuk jenazah pesakit Covid-19 dan terdapat 180 kubur di sini.
"Setiap hari, TPU Karaba menyediakan tiga lubang sebagai persediaan awal untuk korban Covid-19 dengan kekuatan seramai 10 orang pengali kubur untuk menguruskan proses pengebumian," katanya.
Pihaknya memberitahu, kerja-kerja pemulihan di kawasan tanah perkuburan telah dilakukan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!