10 PPS dibuka tempatkan 577 mangsa banjir di Sarawak

Pemandangan Kampung Tebakang Dayak dari udara selepas kampung itu dilanda banjir hari ini. - Foto Bernama
Pemandangan Kampung Tebakang Dayak dari udara selepas kampung itu dilanda banjir hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga yang melanda Sarawak sejak Selasa lepas meningkat kepada 577 orang hari ini dengan 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sehingga jam 6 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam laporan terbarunya menyatakan, empat PPS dibuka di daerah Serian, empat lagi di daerah Simunjan dan dua di daerah Samarahan.

Di Serian, PPS di Dewan Buk Janjun dibuka 9 pagi tadi bagi menempatkan 29 mangsa, PPS SK Tanah Puteh (138 mangsa), PPS Dewan Kampung Lintang Baru (41 mangsa) dan PPS Dewan Masyarakat Serian (80 mangsa).

Selain keempat-empat PPS ini, PPS Dewan SK Tebakang yang menempatkan 31 mangsa dan Dewan Kampung Slabi Entukuh (41 mangsa) telah dibuka sejak Selasa lalu.

Di Simunjan, empat PPS tersebut adalah Dewan Masyarakat Lubok Buntin yang menempatkan 27 mangsa, Dewan Mesra Simunjan (47 mangsa), Dewan Kampung Entangor Sebuyau (37 mangsa) dan Masjid Kampung Seruyuk Sebuyau (67 mangsa).

Bagi daerah Samarahan pula, seramai 23 mangsa banjir kini ditempatkan di Dewan Suarah Kota Samarahan dan lapan mangsa di Dewan Serbaguna Kampung Bangka Semong.

Sebuah lagi PPS di Dewan Sukan Tatau di Bintulu menempatkan lapan mangsa, sementara PPS di SK Nanga Embuau di Song, Kapit ditutup 3.15 petang tadi setelah kesemua 77 mangsa banjir dibenarkan pulang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!